Definisi
ü Sisa dalam bentuk pepejal,cecair atau gas (selain daripada sisa radioaktif dan sisa berjangkit) yang membahayakan kesihatan manusia dan alam sekeliling sama ada secara tersendiri atau bergabung dengan jenis-jenis sisa yang lain.
ü Di Malaysia,sisa toksik tersenarai dalam Jadual Pertama Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu sisa daripada sumber spesifik dan sisa toksik daripada sumber yang tidak spesifik.
ü Contohnya:bukan organik-plumbum,merkuri,arsenik,asbestos,kuprum dan kadmium. Sisa toksik organik-hidrokarbon,eters,esters,ketons, polycyclic aromatic hydrocarbons (PAH),dioksin,furans,komponen fenolik,PCB, racun serangga pesticides dan amines.
Kesan-kesan pencemaran
1. Pemusnahan flora dan fauna
Ø Buangan beracun yang meresap ke dalam tanah akan meresap ke dalam sistem tumbesaran tumbuh-tumbuhan. Lama-kelamaan tumbuh-tumbuhan akan mati dan bahan-bahan beracun tersebut akan berpindah pula kepada haiwan-haiwan yang memakan tumbuh-tubumbuhan tersebut.
2. Pemusnahan hidupan sungai dan laut
Ø Berpunca daripada bahan-bahan beracun dari kilang, domestic, hospital dan sebagainya ke dalam sungai dan seterusnya ke laut. Keadaan ini menyebabkan kemusnahan hidupan akuatik, tumbuhan dan haiwan lain yang meminum air tercemar.
Ø Tumpahan minyak mentah di Tanjung Karang Selangor pada tahun 1997 menyebabkan pemusnahan hidupan laut dan menjejaskan pendapatan nelayan.
3. Kemalangan jiwa
Ø Kawalan yang tidak cekap menyebabkan sisa toksik membahayakan nyawa manusia. Contohnya, pada tahun 1972, pencemaran yang besar oleh racun kulat di sebuah perkampungan di Iraq menyebabkan seramai 6530 orang dimasukkan ke hospital dan 500 orang telah mati keracunan.
4. Masalah kesihatan
Ø Pendedahan terhadap toksik seperti merkuri menyebabkan masalah penyakit saraf, masalah pergerakan, kehilangan nafsu makan, masalah pendengaran dan penglihatan.
Ø Contohnya, di Minamata dan Nigata Jepun pada tahun1953 dan 1960, perusahaan plastik telah mengeluarkan sisa yang mencemarkan plankton yang dimakan oleh ikan yang kemudiannya dimakan oleh manusia.
Kaedah rawatan sisa toksik
1) Proses biologi
§ Melibatkan penggunaan tindak balas mikroorganisma untuk menghuraikan komponen-komponen organik dalam sisa berkenaan.
§ Proses penghuraian berupaya mengubah struktur organik dan mengurai sisa kepada karbon dioksida, air,dan sisa inorganik lain.
2) Proses fisiko-kimia
§ Pencampuran bahan penambah tertentu dengan sisa untuk mengehadkan perebakan sisa dan seterusnya mengurangkan tahap ketoksikan sisa berkenaan, contohnya pengekstrakan wap tanah, penyerapan karbon, pengoksidaan oksigen, pemasukan stim dan pemasukan udara.
3) Proses terma
§ Tenaga terma atau tenaga haba digunakan untuk menghapuskan komponen organik dalam sisa.
§ Kebanyakan sisa toksik mengandungi komponen dan bukan organik dalam komposisinya yang mana sesetengah komponen bukan organik merupakan bahan yang tidak dapat dihapuskan melalui proses terma. Namun, dengan terhapusnya komponen organik dalam sisa toksik kepada karbon dioksida dan wap air melalui proses terma, isipadu sisa secara keseluruhannya dapat dikurangkan dan toksik dalam komponen organik dapat dihapuskan.
4) Pelupusan timbus tanah
§ Melibatkan penimbusan tanah ke atas sisa toksik supaya pelepasan bahan pencemar ke persekitaran dapat diminimunkan.
§ Reka bentuk pembinaan sistem pengumpalan larutan larut resap dan lapisan tidak kalis air di bahagian tapak pelupusan diadakan supaya segala bahan pencemar tidak terkeluar atau meresap ke persekitaran seperti resapan ke dalam air bawah tanah.
5) Sistem pelupusan sisa secara integrasi atau bersepadu
§ Melibatkan pembinaan pusat pelupusan yang menggabungkan dan melakukan bersama dalam satu sistem untuk semua kaedah di atas.
Kesimpulan
Malaysia akan menjadi negara perindustrian pada tahun 2020. Pertumbuhan sektor industri akan menyebabkan lebih banyak bahan buangan berbahaya akan terhasil. Oleh itu, kejayaan dan keberkesanan dalam pengurusan bahan buangan toksik yang berbahaya melibatkan pembabitan pihak berkuasa dan awam.
No comments:
Post a Comment